Judul : Ramadhan Tiba
link : Ramadhan Tiba
Ramadhan Tiba
Assalamualaikum.
Pejam celik dah jejak kaki kita ke bulan penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan. Puasa pertama dah pun selesai, masuk pula kita ke hari kedua. Macam mana dengan hari pertama? Masih okay dan fresh? Haha. Nasiblah hari pertama puasa adalah pada hujung minggu, bolehlah adapt perlahan-lahan. Bukan apa, tengah duduk terbayang-bayang macam mana bulan puasa waktu hari bekerja. Maklumlah kita ni pergi kerja jalan kaki, redah jejantas tinggi melangit. Semput jugalah.
Hmm. Satu cabaran yang lain puasa kali ini. Kita tengok nanti minggu depan, macam mana kita adapt. Who knows the fat will burn much more effectively. Haha. Bulan puasa pun jadual kerja dah berubah sikit, masuk kerja 7.30 pagi, balik kerja pukul 4. Hoyeah!! Boleh balik masak untuk berbuka.
Menjelang bulan puasa tahun ini, banyak juga berita sedih aku baca. Ramai yang kehilangan orang yang mereka kasihi. Aku tumpang berdukacita. Untuk Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, takziah sekali lagi atas pemergian Allahyarhamah ibundamu. Aku tahu aku mungkin takkan faham apa yang kau rasa, dan aku pun tahu tak ada kata-kata yang dapat gambarkan perasaan kau dan redakan rasa dalam hati kau. Tapi aku selalu doakan agar urusan kau dan keluarga dipermudahkan, moga Allah terus beri kau kesabaran, kecekalan dan ketabahan hati untuk menerima segalanya. Dan semoga arwah ibunda kau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Jaga diri, Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.
Sampai sini dulu coret aku kali ini. Ada kelapangan aku tulis lagi. Selamat malam. Jangan lupa baca niat puasa. Assalamualaikum.
:)
Demikianlah Artikel Ramadhan Tiba
Sekianlah artikel Ramadhan Tiba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramadhan Tiba dengan alamat link https://sehatberjamaah.blogspot.com/2017/05/ramadhan-tiba.html